Siakap Keli

Mungkin Boleh Adakan E-Bazar Ramadan, Makanan Dihantar Ke Rumah – Dr Noor Hisham

Kemungkinan konsep E-Bazar Ramadan boleh diwujudkan bagi menggantikan bazar Ramadan sedia ada yang bakal menjelang kurang sebulan dari sekarang, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini berikutan, amalan perhimpunan dalam tempoh 6 bulan sehingga setahun mungkin tidak akan digalakkan langsung selepas ini bagi mencegah kes jangkitan Covid-19, kata Dr Noor Hisham menerusi Sidang Media Perkembangan COVID-19 sebentar tadi.

”Amalan perhimpunan contohnya 6 bulan ataupun setahun, kita akan lihat di mana tak menggalakkan langsung perhimpunan yang ramai.

”Dari segi Bazar Ramadan, mungkin kita perlu adakan idea-idea yang kreatif dan inovasi di mana kita lihat dalam tempoh fasa pertama PKP ini, kita telah lihat peningkatan 70% penghantaran makanan ke rumah,” ujar beliau.

Oleh itu, konsep bazar Ramadan dalam talian boleh diwujudkan bagi membantu pembeli dan peniaga menjual pelbagai juadah berbuka puasa pada tahun ini.

”Mungkin kita boleh war-warkan E-Bazar Ramadan, di mana makanan boleh dihantar ke rumah.

”Ini akan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan iaitu mengelakkan daripada perhimpunan ramai,” kata beliau.

Beberapa negeri seperti Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu, Melaka dan Kedah telah mengambil langkah membatalkan penganjuran Bazar Ramadan yang telah menjadi tradisi di negara ini setiap tahun.

Sumber: Sidang Media KKM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)