Siakap Keli
Foto: Bernama

Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 Tiada Lagi Nasihat – MKN

Sedar tak sedar kita telah menjalani arahan Perintah Kawalan Pergerakan pada fasa yang kedua yang bermula pada 1 April hingga 14 April 2020. Arahan ini adalah untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang melanda di negara kita sejak awal Mac yang lalu.

Bagaimanapun, masih ada segelintir individu yang masih degil dan tidak mengikut arahan yang ditetapkan. Oleh itu, menerusi kiriman rasmi daripada laman Facebook Majlis Keselamatan Negara telah memaklumkan bahawa untuk PKP Fasa 2 ini tiada lagi nasihat.

Walaupun telah masuk hari ke 17 PKP masih terdapat individu yang ingkar dan melanggar arahan PKP tanpa alasan yang munasabah.

Sehingga semalam seramai 4,189 individu ditahan dengan 1,449 daripada mereka telah pun dituduh di mahkamah, termasuk atas kesalahan mengganggu dan menghalang pihak berkuasa melaksanakan tugas.

Ia cukup untuk melambangkan ketegasan kerajaan, dalam menangani krisis COVID-19, kerana lebih lama tempoh PKP ini dilaksanakan, ia akan menjejaskan bukan sahaja ekonomi negara, tetapi kehidupan rakyat sendiri.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKP boleh hubungi 03-88882010.

 

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)