Siakap Keli

Salman Khan Bantu Bayar Gaji 25,000 Pekerja Di Bollywood

PELAKON terkenal Bollywood, Salman Khan berikrar mahu membantu kewangan kira-kira 25,000 pekerja gaji harian daripada industri perfileman di Bollywood semasa tempoh Perintah Berkurung COVID-19 dilaksanakan di India.

Merujuk Presiden Persatuan Pekerja Cine India Barat (FWICE), B N Tiwari, Salman menerusi yayasannya,  Being Human Foundation telah melancarkan organisasi mereka untuk membantu golongan pekerja yang terkesan.

“Salman telah menghubungi saya untuk meminta senarai pekerja gaji harian tersebut bersama maklumat akaun mereka, untuk memastikan bantuan kewangan tersebut sampai terus kepada mereka.

“Selepas kami berjumpa dengannya, dia meminta kami untuk berikannya jumlah bilangan pekerja yang sangat terkesan daripada persatuan kami dan kami memberitahunya, terdapat 25,000 pekerja kesemuanya. Dia telah buat keputusan untuk membantu mereka. Kami akan hantar senarai nama tersebut pada petang,” katanya pada Indian Express.

Industri perfileman di India dilaporkan diberhentikan sementara sejak pertengahan Mac lalu berikutan penularan wabak COVID-19 di negara itu.

Being Human Foundation adalah sebuah yayasan kebajikan yang ditubuhkan oleh Salman Khan pada 2007. Gambar: Google

Dalam pada itu, menurut laporan India Today, Tiwari menambah, FWICE turut mengalu-alukan beberapa pelakon dan pembuat filem untuk membuat sumbangan.

“Kami telah menulis surat dan menghantar mesej kepada beberapa orang dalam industri filem untuk datang membantu tetapi belum menerima sebarang respon daripada mereka.

“Penerbit, Mahaveer Jain telah menawarkan dirinya untuk menyediakan bantuan dari makanan dan keperluan harian,” ujarnya.

Selain Salman, selebriti lain seperti Karan Johar, Taapsee Pannu dan Rajkummar Rao turut berikrar akan menderma kepada artis gaji harian menerusi inisiatif Art of Living dan industri Televisyen dan Filem India.

Sumber: India Express, India Today

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.