Siakap Keli
Gambar hiasan via Google

Tak Tahan Dicemuh Jiran, Ahli Keluarga Pesakit Covid-19 Ancam Bakar Rumah Sendiri

Dalam detik-detik yang sukar ini muncul satu stigma atau pandangan negatif dalam sesetengah masyarakat kepada pesakit yang telah dijangkiti dengan virus maut itu.

Stigma ini akhirnya boleh membuatkan si pesakit ini menjadi sedih dan dipandang hina oleh masyarakat.

Demikianlah yang terjadi kepada sebuah keluarga yang positif Covid-19 di Bandar Lampung, Indonesia.

Difahamkan, keluarga itu juga turut mengancam untuk membakar rumah mereka sendiri gara-gara sering diugut oleh masyarakat setempat.

Kisah tersebut telah dinyatakan sendiri oleh Ketua Perkhidmatan Kesihatan Lampung.

“Ketika kejadian, isteri kepada salah seorang pesakit yang positif, mungkin ada jirannya yang tahu suaminya positif, oleh sebab itu lah keluarganya sering diugut masyarakat setempat,” katanya.

Antara ugutan yang sering diterima oleh keluarganya itu adalah, dilarang keluar rumah walaupun perlu membeli barang harian secara menghina.

Dia berasa sangat kecewa melihat kepada perlakuan jiran-jiran keluarga yang positif virus Covid-19 itu.

“Kalau kamu semua melarang saya keluar, nanti saya bakar rumah ini juga,” ujar salah seorang ahli keluarga yang positif itu.

Menurut pegawai kesihatan itu, pihaknya sangat berhati-hati dalam melindungi maklumat peribadi pesakit tersebut.

“Ianya adalah suatu kejadian yang benar-benar berlaku. Oleh itu, kami amat berhati-hati melindungi nama serta alamat pesakit Covid-19, bukan kerana kami ingin menyembunyikan jumlah kes. Covid-19 bukanlah suatu perkara yang memalukan, ia masih boleh disembuhkan,”, ujarnya.

Begitu juga dengan pengebumian pesakit positif yang telah meninggal dunia. Katanya, masih ada ketakutan dalam kalangan masyarakat akibat kurang mendapat maklumat dan kurang memahami berkenaan virus ini.

Terdahulu, sebanyak dua tanah perkuburan di Indonesia dilaporkan menolak pengebumian jenazah pesakit Covid-19. Selepas dua hari jenazah itu meninggal dunia, barulah tanah untuk mengebumikan jenazah itu dijumpai.

Sumber: Tribun

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa