Siakap Keli
Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia

TERKINI: 217 Kes Baharu Positif Covid-19 Disahkan KKM Hari Ini

Sebanyak 217 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 3,333 kes setakat Jumaat (3 April 2020), jam 12 tengahari.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan COVID-19 Di Malaysia yang berlangsung sebentar tadi.

Daripada jumlah tersebut, 108 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi dan 54 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham turut mengumumkan 3 kematian hari ini dan menjadikan jumlah keseluruha sebanyak 53 kes kematian di Malaysia.

Sumber: Sidang Media KKM, KKM Putrajaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.