Siakap Keli

Terkini: 3 Lagi Pesakit Covid-19 Meninggal Dunia, Jumlah Meningkat Ke-53 Kes Kematian

Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa jumlah kumulatif kes kematian kini meningkat kepada 53 orang.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat tiga lagi kematian pada hari ini, 3 April 2020. Kes kematian ini dilaporkan dalam tempoh 24 jam dan peratusan kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia adalah 1.6% daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes kematian ke 51 ini merupakan pesakit kes 2561 yang dijangkiti Covid-19 yang dirawat di Hospital Sungai Buloh. Mangsa juga mempunyai latar belakang pesakit jantung.

Kes kematian ke 52 merupakan seorang lelaki yang berusia 52 tahun dari Hospital Tuanku Ja’aafar, Negeri Sembilan. Mangsa juga merupakan pesakit kes ke 2122.

Mangsa kes kematian yang ke 53 ini juga merupakan seorang wanita yang berusia 73 tahun yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. Mangsa juga mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.

 

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang