Siakap Keli

(Video) “Allah Berkatilah Rezeki, Jagakan Mereka Semua” Doa Ustaz Ebit Buat Semua ”Runner”

Abang rider atau pekerja penghantar barangan (runner) amat diperlukan oleh masyarakat ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tenaga mereka sangat membantu masyarakat dalam pelbagai urusan harian seperti beli makanan, hantar barang, surat dan sebagainya.

Baru-baru ini, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memerlukan khidmat mereka untuk menghantar pek barangan bantuan berupa makanan kepada mereka yang memerlukan ketika PKP ini.

“Saya tanya siapa nak khidmat kerja amal. Berebut mereka sedia untuk hantar makanan kepada yang memerlukan. Hebat semua anak muda ini. Saya doakan semua adik-adik kerja restoran atau driver kereta atau lori dan Grab di luar sana. Allah berkati rezeki mereka dan jagakan mereka semua..”

Namun dalam menggunakan khidmat rider-rider tersebut, Ustaz Ebit Lew sempat menyampaikan sedikit tazkirah dan nasihat buat mereka.

Mari hayati pesanan ustaz ini.

Semoga nasihat Ustaz Ebit Lew akan kekal dalam hati kita semua bahawa memberi bantuan itu adalah asbab untuk orang mendoakan kita mendapat keberkatan ke syurga.

Terima kasih ustaz atas nasihat yang diberi..

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'