Siakap Keli

(Video) Sama-Sama Lincah, Peninju ‘Beraksi’ Dengan Ibu Di Rumah Ketika ‘Lockdown’

Seorang peninju warga Sepanyol terpaksa berlatih bersama ibunya di rumah susulan daripada perintah ‘Lockdown’ yang dilaksanakan oleh kerajaan Sepanyol untuk mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin memburuk di negara tersebut.

Walaupun negara Sepanyol itu sedang dalam perintah berkurung, ianya bukanlah alasan untuk peninju muda dari Sepanyol ini untuk tidak mengekalkan kecergasannya.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, peninju Sepanyol ini telah dilaporkan berlatih menjalani rutin harian sebagai peninju bersama ibunya di rumah.

Dengan hanya menggunakan sebatang penyapu, ibu kepada peninju tersebut telah bertindak menolong anaknya itu mengekalkan kecergasannya sebagai atlit tinju di rumahnya.

Sumber: Instagram

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa