Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

40,000 Boleh Ditempatkan Di 409 Pusat Kuarantin Seluruh Negara – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 4 April — Kira-kira 40,000 orang boleh ditempatkan di semua 409 pusat kuarantin COVID-19 yang digazetkan di seluruh negara jika kesemuanya beroperasi pada satu-satu masa, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan itu, setakat semalam, hanya 90 daripadanya beroperasi dengan menempatkan kira-kira 4,000 orang sejak 19 Mac.

“Cukup (tempat di pusat kuarantin), lebih dari mencukupi, sekarang baru 4,000 lebih yang dikuarantin sejak dari awal lagi …banyak lagi tempat kosong boleh digunakan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story