Siakap Keli

“Gunalah Waktu PKP Untuk Anda Berhenti Merokok” – Dr Noor Hisham Abdullah

Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ada menyelit satu seruan kepada semua rakyat di Malaysia iaitu sokongan kepada individu yang ingin mengambil peluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini untuk tidak merokok.

Dalam minit ke 8:54 dalam video persidangan media tersebut, beliau menyeru agar rakyat Malaysia mengambil peluang masa Perintah Kawalan Pergerakan untuk berhenti merokok. Tambahnya lagi, tindakan akan diambil terhadap mereka yang menjual rokok secara atas talian.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang