Siakap Keli
Gambar:BERNAMA

Peniaga Dakwa Rugi RM44,500 Beli Penutup Hidung Dan Mulut Menerusi Laman Sosial

KUANTAN, 4 April  — Seorang peniaga membuat laporan polis mendakwa kerugian RM44,500 dalam urusan pembelian 48,000 keping penutup hidung dan mulut yang ditawarkan di laman sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 30 tahun itu mendakwa barangan itu diiklankan di  Facebook pada 21 Mac lepas.

“Mangsa mendakwa suspek lelaki yang dihubunginya bersetuju untuk membekalkan penutup hidung dan mulut jika dia menjelaskan bayaran pendahuluan sebanyak 50 peratus dengan baki dijelaskan selepas menerima barangan itu.

“Mangsa telah membuat bayaran tersebut secara transaksi secara dalam talian ke akaun yang diberikan suspek pada hari yang sama,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa bagaimanapun tidak menerima barangan itu sehingga semalam, menyebabkannya berasa ditipu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

—  BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story