Siakap Keli
Gambar: Singapore Police Force

Ribuan Pakaian Dalam Wanita Ditemui, Polis Singapura Tahan Lelaki Berusia 41 Tahun

Seorang lelaki berusia 41 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian seluar dalam seorang wanita di Tampines Avenue 9, kata polis pada Khamis (2 April)

Menurut pihak polis, mereka telah menerima panggilan berkenaan perkara tersebut pada 15 Mac lalu sekitar jam 3.30pm dan telah mengenal pasti lelaki tersebut melalui siasatan yang dijalankan serta bantuan daripada kamera polis.

“Siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki itu dipercayai terlibat dengan kes yang sama dilaporkan di Tampines,” ujar polis.

Lebih daripada 2,500 pasang pakaian dalam wanita telah ditemui di rumahnya.

Lelaki itu bakal didakwa di mahkamah pada Jumaat. Sekiranya dia didapati bersalah, suspek boleh dihukum penjara selama tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber: CNA

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa