Siakap Keli

TERKINI: 150 Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini, 4 Kematian Dicatatkan

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi menyatakan bahawa sebanyak 150 lagi kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang dicatatkan di Malaysia setakat Sabtu (4 April 2020), jam 12 tengah hari tadi meningkat kepada 3,483 kes.

Daripada jumlah itu, seramai 99 orang pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 50 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. Dr Noorhisham turut mengumumkan 4 lagi kematian baru dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Malaysia meningkat kepada 57 orang.

Dalam pada itu, KKM turut menyatakan bahawa seramai 49,570 orang telah disaring. Daripada jumlah itu, sebanyak 3,483 telah disahkan positif, manakala 37,440 lagi disahkan negatif dan sejumlah 8,647 orang masih lagi menunggu keputusan.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa