Siakap Keli
Gambar: KTMB

Tren Kargo 43 Gerabak Tergelincir Di Tanjung Malim

KTM Berhad melalui laman Facebook rasminya memaklumkan bahawa enam gerabak tren kargo miliknya telah tergelincir di Stesen Kereta Api Tanjung Malim, pagi tadi.

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada jam 6.55 pagi itu membabitkan sebuah tren kargo yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Pelabuhan Klang.

Tren tersebut juga dimaklumkan membawa pelbagai barangan termasuk tekstil dan peralatan kejuruteraan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang dikongsi menerusi Facebook KTM seperti berikut:

π„ππ€πŒ π†π„π‘π€ππ€πŠ 𝐓𝐑𝐄𝐍 πŠπ€π‘π†πŽ π“π„π‘π†π„π‹πˆππ‚πˆπ‘

MUALLIM, 4 Apr – Sebuah tren kargo dengan 43 gerabak pelbagai muatan tergelincir di Stesen Kereta Api Tanjung Malim, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal berkata dalam insiden itu, enam gerabak terakhir tren itu tergelincir ketika sedang melalui stesen tersebut pada 6.55 pagi.

Beliau berkata tren tersebut dalam perjalanan ke Ipoh dari Pelabuhan Klang dan membawa pelbagai barangan termasuk tekstil dan peralatan kejuruteraan.

β€œInsiden kegelinciran itu telah mengakibatkan satu landasan terhalang.

β€œBagaimanapun, perkhidmatan tren penumpang yang masih beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak terjejas ekoran insiden itu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau berkata tiada kemalangan nyawa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

β€œSemua agensi berkaitan termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga telah dimaklumkan.

β€œSiasatan juga telah dijalankan ke atas pemandu tren dan pembantunya yang terlibat dalam insiden itu,” tambahnya lagi.

Mengulas lanjut, kenyataan itu turut memberitahu, kakitangan KTMB sedang giat menjalankan kerja-kerja pengalihan gerabak ke lokasi yang lebih selamat.

Ini bagi membolehkan kerja-kerja membaiki landasan dilakukan serta-merta.

Selain itu, ia bagi memastikan operasi tren-tren penumpang tidak terjejas apabila beroperasi sepenuhnya selepas tempoh PKP nanti.

Tamat.

Sumber: KTM Berhad

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa