Siakap Keli
Gambar:BERNAMA

Dakwaan Terdapat Kematian Di Beaufort Akibat COVID-19 Tidak Benar – Dr Christina

KOTA KINABALU, 5 April  — Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menafikan satu mesej tular di media sosial yang mendakwa terdapat kematian di Beaufort akibat wabak COVID-19.

“Maklumat itu tidak benar,” kata Pengarahnya Datuk Christina Rundi dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sebelum ini, tular satu mesej menerusi WhatsApp yang mendakwa terdapat kematian di Beaufort disebabkan wabak COVID-19.

Sementara itu, mengenai perkembangan COVID-19 di Sabah, Dr Christina berkata sebanyak 10 kes baharu wabak itu dilapor semalam, masing-masing empat kes di Tawau dan Tuaran serta dua kes di Lahad Datu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negeri ini sebanyak 225 kes setakat semalam, katanya.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story