Siakap Keli

Kongsi Rezeki, Sayur Dan Buah Diberikan Percuma Kepada Penduduk Kampung

Umum telah mengetahui bahawa wabak pandemik Covid-19 sedang melanda dunia ketika ini. Disebabkan penularan wabak yang semakin meningkat, kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah untuk memutuskan rantaian jangkitan yang dibawa oleh virus ini.

Susulan daripada perlaksanaan PKP ini, pelbagai sektor kini terkesan akibat tidak dapat beroperasi. Namun begitu, antara yang paling terkesan adalah para petani yang hanya bergantung pada pendapatan harian.

Sektor pertanian mendapat kesan yang paling ketara kerana hasil pertanian sayur-sayuran tidak dapat dipasarkan sehingga berlaku lambakan di pasaran. Akibat daripada itu, ramai petani yang terpaksa menanggung kerugian sehingga beribu-ribu ringgit kerana hasil tani mereka kurang mendapat permintaan daripada pemborong, peruncit dan sebagainya.

Disebabkan perkara tersebut, para petani ini telah mengambil inisiatif untuk sedekahkan hasil tanaman mereka kepada penduduk setempat agar ianya tidak perlu dibuang dan dibazirkan.

Seorang pengguna Facebook bernama Mikhail J. Savior ada berkongsikan gambar-gambar hasil pertanian disangkutkan di pagar rumah untuk disedekahkan kepada penduduk setempat.

Menurut Jabatan Penerangan Negeri Sabah, sikap prihatin penduduk itu berlaku di Kampung Pogunon, Penampang.

Selain daripada menggantungkan hasil tanaman, mereka juga turut menggantungkan nota pesanan kepada orang yang ingin mengambilnya.

“Cili percuma. Sila ambil satu plastik saja untuk satu rumah”.

Selain daripada cili pelbagai sayuran serta buah-buahan lagi yang turut disedekahkan. Berikut adalah gambar-gambar sayuran serta buah-buahan yang diberikan secara percuma:

Sumber: Jabatan Penerangan Negeri Sabah via Mikhail J. Savior

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa