Siakap Keli
Gambar: Bernama

Pekerja Positif COVID-19: Ikea Tebrau Tutup Jualan Makanan

Perkhidmatan jualan makanan IKEA Tebrau ditutup sementara, sehingga diberitahu kelak, apabila seorang daripada pekerjanya didapati positif Covid-19.

Dalam satu kenyataan di laman sesawang mereka, IKEA Tebrau memberitahu mereka telah dimaklumkan hasil ujian yang telah diadakan pada 1 April, dan telah memberikan kerjasama kepada pegawai dari jabatan kesihatan.

“Kami akan mengambil tindakan mengikut nasihat mereka, kerja membersih dan sanitasi keseluruhan gedung, kawasan dan kemudahan awam akan dilakukan, mengikut  garis panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” menurut kenyataan tersebut.

IKEA Tebrau menyatakan semua perkara yang perlu dilakukan, juga akan diambil tindakan bagi memastikan keselamatan pelanggan dan pekerja mereka, kerana mereka adalah keutamaan pihaknya.

“Kami meminta agar orang ramai untuk mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan menghindari diri mereka daripada COVID-19,” menurut kenyataan itu dan menambah, gedung itu hanya akan dibuka selepas menerima kebenaran daripada pihak berkuasa.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.