Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Tiada Penerbangan Antarabangsa Di Pulau Pinang- Chow

GEORGE TOWN, 5 April  — Pulau Pinang tidak lagi menerima penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) buat masa ini apabila semua syarikat penerbangan membatalkan penerbangan mereka berikutan wabak COVID-19.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pembatalan penerbangan antarabangsa ke LTAPP itu adalah sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Menurut Pengurus Kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) LTAPP, tiada lagi penerbangan antarabangsa ke Pulau Pinang,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook peribadinya hari ini.

Merujuk kepada penumpang dari luar negara yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 dan ingin meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang, beliau berkata mereka perlu menjalani tempoh kuarantin di Kuala Lumpur terlebih dahulu.

“Semua penumpang antarabangsa yang tiba di Kuala Lumpur, walaupun penduduk Pulau Pinang, perlu dikuarantin di Kuala Lumpur dan tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang,” katanya.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story