Siakap Keli
Gambar: Shadiya Abbas

Ustazah Shadiya Abbas Meninggal Dunia

Pendakwah yang dikenali ramai, Ustazah Shadiya Abbas disahkan telah meninggal dunia pada pukul 5.05 pagi tadi disebabkan oleh sesak nafas.

Berita pemergian Allayarhamah telah disahkan oleh suaminya, MK Azman di laman Facebook.

Beliau juga memaklumkan bahawa jenazah Allahyarhamah kini berada di Hospital Sungai Buloh bagi menjalani ujian untuk mengetahui sama ada Allahyarhamah dijangkiti Covid-19 atau tidak serta perlu menunggu selama 24 jam bagi mengetahui keputusan ujian tersebut.

Sebelumnya, Allahyarhamah sempat menyampaikan tazkirah melalui Facebook miliknya yang berjudul “JANGAN MENGHINA, JIKA SAYANGKAN ALLAH’.

Dalam pada itu, Ustaz Dato’ Dr Izhar Ariff yang mendapat berita itu juga menzahirkan ucapan takziah kepada suami dan keluarga Allahyarhamah melalui laman Facebook miliknya.

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah, semoga  rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: MK Azman

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa