Siakap Keli

“Ada Yang Pakai Baju Kelawar Isteri, Kayuh Basikal Dalam Rumah Ketika Tempoh PKP” – PM

Menerusi sidang media Perutusan Khas pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (Tambahan) yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaassin sebentar tadi ada selitkan aktiviti ‘luar biasa’ yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.

Dalam ucapan itu, ada sedikit kata-kata lucu yang membuatkan ramai orang tersenyum keseorangan setelah mendengar perutusan tersebut.

Saya lihat di media sosial ada suami yang mula pakai baju kelawar isteri, agak luar biasa. Ada yang mengayuh basikal di dalam rumah, ada juga mengubah ucapan saya menjadi lagu rap. Saya harap ini bukanlah kejadian yang pelik, atau ‘buang tabiat’ kata orang, ini adalah sebahagian kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah.

Yang penting, saudara dan saudari mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi dugaan dan ujian ini. Saya yakin Tuhan tidaklah menguji atau membebankan dengan sesuatu yang tidak tertanggung.

https://www.youtube.com/watch?v=Hz2FWdfO_A0

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang