Siakap Keli

BPN: Individu Yang Tercicir Nama, Boleh Buat Permohonan Baharu

Kuala Lumpur: Orang ramai yang layak untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tetapi nama tiada dalam rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), boleh membuat permohonan baharu.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata mereka yang berkenaan boleh berbuat demikian dengan mengisi  borang secara dalam talian di laman sesawang LHDN www.hasil.gov.my.

‘Isi maklumat yang diminta dengan jujur, tekan butang hantar dan tunggu bayaran dimasukkan dalam akaun anda.

”Bagi warga emas yang mungkin tak berapa cekap menggunakan handphone, mintalah bantuan anak atau cucu untuk isi maklumat yang diperlukan,” katanya dalam Perutusan Khas Pakej Prihatin PKS (Tambahan) yang disiarkan secara langsung di media elektronik hari ini.

Seramai 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang menerima bantuan bagi fasa pertama BPN melibatkan pembayaran berjumlah RM5.63 billion bermula hari ini.

Pada 27 Mac lepas, perdana menteri  mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 billion bagi manfaat rakyat semasa menghadapi cabaran wabak COVID-19.

Menerusi pakej berkenaan hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS).

Sebanyak RM2 bilion pula untuk memperkukuh ekonomi negara dan RM20 bilion seperti telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.