Siakap Keli

Ibu Pengurus Man. City, Pep Guardiorla Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Ibu kepada Pengurus Manchester City, Pep Guardiorla iaitu Dolors Sala Carrió dilapor meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19 pada usia 82 tahun.

Khabar duka berkenaan dimaklumkan oleh kelab Liga Perdana Inggeris itu dalam satu tweet pada Isnin.

”Semua pihak di kelab ini ingin mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan-rakan dan Pep dalam mengharungi waktu-waktu yang sukar ini,” kata kenyataan berkenaan.

Sebelum ini, Pep menyumbangkan 1 juta Pound kepada hospital-hospital di Sepanyol bagi membeli kelengkapan perubatan dimana angka korban di negara berkenaan sudahpun mencecah 13,000 kes.

Beberapa kelab lain turut menyampaikan ucapan takziah kepada Pep antaranya Manchester United dan Arsenal.

Sumber: The Guardian

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.