Siakap Keli

Sekatan Di Kawasan “Red Zone” Akan Menyebabkan Bungkusan Sampai Sedikit Lewat – J&T Express

Baru-baru ini berlaku sedikit salah faham yang berlaku antara pelanggan dan syarikat penghantaran barang J&T yang dikatakan barang tidak sampai ke ‘kawasan merah’ (Red Zone) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Terbaru, pihak J&T Express melalui laman Facebook rasminya memberi penjelasan sebenar untuk mengelakkan daripada terus dibelenggu kekeliruan bagi kalangan masyarakat.

Pelanggan yang dihormati,

Kami ingin memohon maaf atas maklumat Zon Merah yang disampaikan oleh kakitangan kami membuat ramai yang keliru. Untuk mengintergrasikan pusat perkhidmatan pelanggan dan tanggungjawab sosial dalam tempoh pandemik ini, kami akan mengemas kini maklumat terkini dengan secepat mungkin. 

Perkhidmatan penghantaran kami diteruskan. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa sekatan kawasan merah menyebabkan sedikit kelewatan. 

 

 

Sumber: Facebook J&T

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang