Syarikat yang mempunyai 75 orang pekerja ke bawah akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 setiap pekerja selama tiga bulan bagi menampung kemampuan syarikat ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi siaran langsung Perutusan Khas PM Pakej Prihatin PKS (Tambahan) sebentar tadi.
Manakala, syarikat mempunyai 76 hingga 200 pekerja akan menerima subsidi upah RM800 bagi setiap pekerja selama 3 bulan.
Bagi syarikat yang mempunyai pekerja 201 ke atas pula akan menerima subsidi upah sebanyak RM600 selama 3 bulan.
Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah yang dinyatakan tersebut.
Jelas Muhyiddin, bantuan ini adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO. Justeru, kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini.
Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurangkurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.
Pada 27 Mac lalu kerajaan mengumumkan peruntukan bagi program subsidi upah berjumlah RM5.9 bilion sebelum dinaikkan kepada RM13.8 bilion pada hari ini, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.
Pakej Prihatin PKS (Tambahan) ini dibuat berikutan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) merupakan tunjang kepada ekonomi negara selain bagi mengelakkan rakyat kehilangan kerja sepanjang tempoh PKP.
Syarikat yang mempunyai 75 orang pekerja terima subsidi upah sebanyak RM1,200 setiap pekerja -PM @MuhyiddinYassin
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 6, 2020
Syarikat mempunyai 76-200 pekerja akan terima subsidi upah RM800 bagi setiap pekerja – PM @MuhyiddinYassin
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 6, 2020
https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/223352692203767/
Sumber: Siarang Langsung RTM