Siakap Keli

(Video) Syarikat Apple Hasilkan Pelindung Muka Untuk Petugas Perubatan COVID-19

Syarikat Apple bakal menghasilkan satu juta pelindung muka untuk kegunaan petugas perubatan pandemik COVID-19.

Gergasi teknologi itu telahpun memperoleh 20 juta topeng muka untuk membantu kekurangan bekalan global, kata ketua eksekutifnya, Tim Cook dalam satu video yang dimuat naik ke Twitter pada Ahad.

Syarikat itu juga telah merancang design pelindung muka lutsinar miliknya sendiri dan memulakan pembuatan di kilangnya di Amerika Syarikat (AS) dan China, tambahnya.

“Kami merancang mahu menghantar lebih satu juta menjelang akhir minggu ini,” katanya.

Menurut laporan AFP, edaran awal akan difokuskan kepada AS namun syarikat itu berharap dapat mengembangkan lagi pengedarannya dengan cepat ke negara lain.

Sementara itu, dalam tweet tersebut, Tim berkata, “Apple berdedikasi untuk membantu dunia melawan COVID-19.

“Kami kini memperoleh lebih 20 juta topeng muka melalui rantaian bekalan kami.

Design, jurutera, operasi dan kumpulan pembungkusan kami juga bekerja dengan pembekal untuk design, hasilkan dan hantar pelindung muka tersebut untuk petugas perubatan,” jelasnya.

Kata Tim, penghantaran pertama barangan pelindung muka itu telah dihantar ke sebuah hospital di Silicon Valley pada minggu lepas.

Sumber: AFP, Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.