Siakap Keli
Foto: NZ Herald

Covid-19: Bilik Mayat Penuh, Mangsa ‘Mungkin’ Dikebumikan Sementara di Taman Awam New York

Menerusi laman Twitter Ahli Majlis Manhattan, Mark Levine mengatakan bahawa seramai 130,000 warga New York telah diuji positif virus Covid-19. Daripada jumlah itu seramai 16,000 telah ditempatkan di hospital.

Petik daripada laporan NZ Herald mengatakan bahawa mayat-mayat jangkitan Covid-19 mungkin dikebumikan di taman-taman awam di New York. Hal ini kerana julah kematian yang meningkat di negara itu menyebabkan tiada tempat untuk menyimpan mayat tersebut. Setakat ini, sejumlah 4,758 kematian telah direkodkan di New York.

Jumlah kematian akan sentiasa bertambah. Tempat simpanan mayat di Pejabat Ketua Pemeriksa Perubatan (OCME) di Manhattan dan Brooklyn hampir penuh. Dan nak buat apa selepas itu?

Dan tak lama lagi, kita akan mulakan langkah pengebumian sementara ini. Ia mungkin dilakukan di sebuah taman di NYC (ya, betul). Kubur panjang yang boleh memuatkan keranda dalam satu baris akan gali. 

Ia akan dilakukan dengan cara yang tertib, teratur dan sementara. Namun, sudah pasti sukar untuk warga NY menerimanya. 

Namun, ianya hanya satu pilihan dalam perancangan menangani bencana ini tetapi bukan yang menjadi pertimbangan atau perancangan. Menurut Datuk Bandar Ny, Bill De Blasio berkata tapak pengebumian sementara mungkin terpaksa dilakukan namun enggan mengulas lebih lanjut.

 

Sumber: Mark D Levine , NZ Herald

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang