Siakap Keli

Kedai Jual Manisan Bentuk Wabak Covid-19 Tular

Kedai manisan di Kolkata menjadi bualan hangat kerana menjual gula-gula dalam bentuk virus covid-19. Beberapa jenis manisan itu dipamerkan di sebuah kedai di Barat Bengal dan diletakkan di atas dulang di kedai untuk dijual.

Gambar manisan itu telah dimuat naik di laman Twitter oleh seorang pengguna, Preeti Bhattacharya, pada hari Isnin dan sedang tular di seluruh laman media sosial.

Kerajaan Bengal Barat, minggu lalu, mengatakan bahawa kedai manisan boleh dibuka selama empat jam setiap hari semasa tempoh pengawalan coronavirus di seluruh negara. Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas pemilik-pemilik kedai menyatakan keprihatinan mereka terhadap pembaziran susu dan kakitangan tanpa pekerjaan.

“Kedai manisan boleh dibuka sepanjang tempoh (lockdown) dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang setiap hari dengan bilangan kakitangan minimum,” kata ketua kerajaan.

Sources: India Today

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra