Siakap Keli
Kredit: Google

KKM Sahkan Ada Pertambahan 3 Zon Merah, Jumlah Keseluruhan 21 Zon Merah

Putrajaya, 7 April-Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan pertambahan zon merah melibatkan kes penularan COVID-19 di seluruh Malaysia.

Dalam kemaskini di akaun rasmi KKM, terdapat tiga lagi pertambahan zon merah, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 21 zon.

Kesemua zon ini mempunyai lebih 41 kes positif COVID-19 setakat 12 tengah hari 6 April, semalam. Zon baru yang terlibat ialah Putrajaya, 41 kes, Jasin, 42, dan Rembau, 41 kes.

Sementara itu, daerah dengan kes tertinggi ialah Lembah Pantai (386), Hulu Langat (324) diikuti Petaling (296).

Di Sarawak dan Sabah pula, sebanyak dua daerah diisytiharkan sebagai zon merah iaitu masing-masing di Kuching (174) dan Tawau (67).

Justeru, KKM mengingatkan orang ramai agar sentiasa duduk di rumah, menjarakkan diri dari orang sekeliling dan meningkatkan penjagaan kesihatan diri.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Amira

Love yourself.