Siakap Keli
Kredit: Bernama

KKM Senaraikan 4 Kluster Terbesar COVID-19 Dikenal Pasti Setakat Ini

Putrajaya, 7 April- Kementerian Kesihatan menyenaraikan empat kluster terbesar COVID-19 di Malaysia.

Empat kluster tersebut masing-masing melibatkan perhimpunan keagamaan di Seri Petaling (42%), individu dengan sejarah perjalanan ke Itali, perhimpunan keagamaan di Kuching dan majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi.

“Kluster terbesar kita ada hari ini ialah himpunan Seri Petaling sebanyak 42 peratus,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media hari ini.

Kes import melibatkan kluster Itali pula melibatkan 1 peratus dari jumlah kes di Malaysia dengan 40 kes positif.

Sementara itu, sebanyak 86 kes dari kluster perhimpunan keagamaan di Kuching telah dicatatkan dengan pertambahan 3 kes baru hari ini.

Tambah beliau, terdapat 4 kes lama positif COVID-19, namun baru dikenalpasti berkait dengan kluster kenduri, menjadikan kes positif melibatkan kluster ini sebanyak 92 kes.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.