Siakap Keli

Netizen Kagum Wajah Dr Noor Hisham Dikatakan Persis ‘Remus Lupin’ Dalam Harry Potter

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap kali menonton televisyen ataupun di media sosial acap kita lihat sosok wajah ini.

Lebih-lebih lagi ketika wabak COVID-19 yang sedang melanda Malaysia, wajah inilah yang sentiasa memberikan maklumat terbaru dan menitip pesanan buat seluruh rakyat.

Individu yang dimaksudkan ialah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Pengumuman beliau setiap hari mengenai perkembangan wabak COVID-19 di Malaysia sering kali dinantikan oleh masyarakat.

Baru-baru ini, viral di Twitter apabila wajahnya disamakan dengan salah seorang watak dalam filem Harry Potter. Tweet tersebut yang dihasilkan oleh salah seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Puteri Farhana.

Melalui tweet tersebut, dia mengatakan bahawa wajah Dr. Noor Hisham seiras dengan wajah salah seorang watak Harry Potter iaitu Remus Lupin.

Perkara ini juga dipersetujui oleh para pengguna Twitter yang lain. Kebanyakannya terhibur dan mengatakan yang wajah beliau memang seiras dengan  watak terkenal itu.

Gambar: Puteri Farhana

Source: Puteri Farhana

Adib Mohd

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.