Siakap Keli

Percaya Dakwaan Rangkaian 5G Boleh Sebar COVID-19, Sekurang-Kurangnya 20 Tiang Telekomunikasi Di UK Dibakar, Dirosakkan

Sekurang-kurangnya 20 tiang telekomunikasi di United Kingdom (UK) dibakar dan dirosakkan akibat percayaan dakwaan yang menyatakan ia mampu menyebarkan wabak COVID-19 menerusi rangkaian 5G yang dipancarkan.

Difahamkan, terdapat kluster serangan yang paling teruk dilaporkan berlaku di sekitar Liverpool dan West Midlands.

Bagaimanapun, menurut laporan The Guardian, disebabkan perkhidmatan 5G di UK masih perlahan, kebanyakan tiang yang dirosakkan itu bukan daripada jenis 5G, sebaliknya serangan vandalisme itu banyak merosakkan tiang perkhidmatan 3G dan 4G.

Kumpulan industri MobileUK yang menggabungkan empat rangkaian utama UK telah menerbitkan surat terbuka kepada pelanggannya untuk membantu menghentikan serangan tersebut.

“Kami berdepan kes-kes vandalisme yang melibatkan aktiviti membakar tiang-tiang rangkaian, gangguan infrastruktur kritikal dan penyebaran maklumat palsu mengenai hubung kait teknologi 5G dengan COVID-19.

“Tiada lagi bukti saintifik yang menyatakan 5G berkait dengan COVID-19. Ini fakta,” jelas surat tersebut.

“Tolong bantu kami untuk menghentikan masalah ini. Jika anda menyaksikan sebarang aktiviti penyalahgunaan melibatkan pekerja kami, sila laporkannya. Jika ada maklumat yang tidak pasti, sila hubungi kami. Bantuan anda kini sangat bermakna,” tambahnya.

Sumber: The Guardian

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.