Siakap Keli

Polis Di India Pakai Seragam ‘Coronavirus’ Demi Kawal Penduduk Keluar Rumah

Beberapa anggota polis berpakaian seragam polis dan tema ‘coronavirus’ di Gujarat sempena menggesa rakyat untuk tinggal di rumah dan menjalankan aktiviti sosial semasa wabak yang telah menyerang di seluruh dunia.

Seorang anggota polis memberitahu media tempatan, “Kami telah melakukan ini untuk menyebarkan kesedaran di kalangan orang ramai. Kami cuba untuk pergi sebanyak mungkin tempat untuk membuat orang ramai sedar keadaan ini.”

Gujarat, pada 6 April, telah mencatatkan lebih 120 kes positif coronavirus manakala 12 orang telah meninggal dunia.

India sudah melaksanakan perintah berkurung selama 21 hari sejak 25 Mac lalu oleh Perdana Menteri India iaitu Narendra Modi bagi mengekang masalah wabak berkenaan.

Sumber: Asian News International

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra