Siakap Keli

Ratusan Anjing, Kucing & Arnab Ditemui Mati Kerana Kelaparan, Dipercayai Dibiarkan Ketika ”Lockdown”

RATUSAN kucing, anjing dan arnab ditemui mati di kedai-kedai haiwan peliharaan di Pakistan, dipercayai kerana ditinggalkan setelah negara itu melaksanakan perintah lockdown.

Aktivis haiwan, Ayesha Chundrigar berkata, sejurus tiba di Empress Market, Karachi, dia terdengar bunyi haiwan ‘menangis’ kerana telah bertahan untuk hidup selama dua minggu selepas perintah lockdown dilaksanakan.

Dengan keadaan begitu lapar, terkunci dalam sangkar tanpa cahaya dan ruang udara, haiwan-haiwan itu akhirnya menemui ajal.

Chundrigar yang mengelolai Yayasan Ayesha Chundrigar (ACF) menjelaskan, “Apabila kami masuk ke dalam (kedai), 70 peratus daripada haiwan-haiwan itu sudah mati. Bangkai sudah jatuh ke lantai.

“Ianya sangat mengerikan. Saya tidak boleh beritahu,” katanya.

Selepas misi menyelamatkan haiwan tersebut dilakukan, Chundriga kini telah meyakinkan pihak berkuasa Karachi untuk membenarkan pemilik kedai haiwan peliharaan untuk beroperasi bagi menjamin kebajikan haiwan-haiwan itu.

Seorang pemilik kedai haiwan lain, Asmat Khan memberi makanan kepada kucingnya di luar kedai. Difahamkan, ada segelintir pemilik kedai akan datang pada waktu malam untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan mereka. Foto: AFP

Sementara itu, di sebuah tempat di Lahore, haiwan-haiwan di sana turut mengalami nasib yang sama.

Kira-kira 20 bangkai anjing ditemui di sebuah pembetung berdekatan Pasar Tollinton, sebuah pusat penjualan haiwan peliharaan yang telah ditutup hingga menyebabkan haiwan-haiwan di situ menderita kelaparan.

Pengasas Todd Welfare Society, Kiran Maheen telah menyelamatkan lebih dua dozen anjing, arnab dan kucing selepas meyakinkan pihak berkuasa di pasar itu untuk membenarkan dia masuk.

“Sebaik sahaja polis membuka tirai besi kedai, kelihatan banyak haiwan telah mati,” dakwanya yang mengatakan ia berpunca daripada kurang pengudaraan.

Penyelamat haiwan mendakwa 70 peratus haiwan ditemui mati setelah pihak berkuasa memberi keizinan untuk masuk ke pasar-pasar setelah dua minggu lockdown dilaksanakan. Foto: AFP

Akibat pandemik COVID-19, kebanyakan bandar di Pakistan menjalani perintah lockdown dengan mengarahkan kedai-kedai di sana ditutup.

Hanya kedai yang menjual barangan keperluan seperti makanan dan ubatan sahaja yang dibenarkan beroperasi.

Keadaan tersebut menjadikan operasi kedai haiwan peliharaan tergendala, namun terdapat segelintir pemilik kedai akan datang ke kedainya pada waktu malam untuk memberi makan untuk haiwan-haiwan mereka.

Sumber: Daily Mail, Deccanherald

Adnin Razak

Tukang tulis untuk rakyat jelata.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.