Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Seekor Ikan Lumba-Lumba Ditemui Mati, Punca Kematian Masih Disiasat

BANGKAI seekor ikan lumba-lumba dipercayai spesies Bottlenose ditemukan terdampar di atas batu di Pantai Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak tengah hari tadi.

Ketua Pangkalan, Jabatan Perikanan Kuala Kurau, Nazri Mohd Noh berkata, empat anggota dari Cawangan Kawal Selia dan Penguatkuasaan Kuala Kurau bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat itu dari nelayan setempat pada pukul 12 tengah hari.

“Ikan sepanjang 2.23 meter dengan anggaran berat 80 kilogram dipercayai telah mati beberapa hari (lepas) berdasarkan keadaannya ketika ditemui.

“Susulan itu bangkai ikan tersebut telah dilupuskan dengan cara ditanam di kawasan berhampiran,” katanya.

Beliau berkata punca kematian mamalia itu masih dalam siasatan.

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.