Siakap Keli

Tahanan Meninggal Dunia Dalam Lokap Di Bentong Negatif Covid-19 – Polis

Lelaki berusia 30 tahun yang meninggal dunia di ibu pejabat polis Bentong pada hari Ahad lalu dipercayai disebabkan oleh kesukaran bernafas dan bukan disebabkan oleh COVID-19.

Ketua Polis Bentong, Supt Yusof Unis berkata, ujian COVID-19 yang dilakukan kepadanya di Hospital Bentong terbukti negatif dan ini membolehkan bedah siasat dilakukan untuk menentukan punca kematian.

Beliau berkata bedah siasat itu dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini lewat semalam dan jenazah kemudian diserahkan kepada keluarga terdekat selepas itu.

“Bedah siasat itu tidak konklusif dan kami sedang menunggu laporan ujian toksikologi oleh Jabatan Kimia serta analisis sampel tisu oleh ahli patologi.  Buat masa ini, kes itu masih diklasifikasikan sebagai kematian secara tiba-tiba,” katanya.

Media melaporkan bahawa lelaki yang ditahan pada 2 April untuk membantu siasatan kes kecurian, meninggal dunia pada pukul 1.10 pagi Ahad, didakwa selepas mengalami kesukaran bernafas selama kira-kira 20 minit.

Yusof menambah bahawa polis segera mengasingkan selnya selepas kejadian itu sebagai langkah berjaga-jaga susulan penyebaran COVID-19 di negara ini. – BERNAMA

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.