Siakap Keli

Video Lempar Duit Kepada Peniaga Gara-Gara Takut Dijangkiti Covid-19 Dikecam, Wanita Mohon Maaf

Tular di media sosial mengenai satu video dipercayai daripada Indonesia menunjukkan seorang wanita melempar duit keluar daripada tingkap keretanya kepada seorang peniaga jalanan di sana.

Menurut laporan media tempatan, wanita itu dipercayai takut dijangkiti virus covid-19 dan turut meminta peniaga itu untuk menjaga jarak sebelum bungkusan buah duku itu bertukar tangan.

“Jangan dekat-dekat, aaw aww takut Corona” ujar sang wanita.

Dalam pada itu, peniaga tersebut meyakinkan bahawa dirinya sama sekali tidak dijangkiti.

“Gak apa-apa. virusnya juga takut sendiri,” jawabnya

Setelah itu,  wanita berkenaan lantas melemparkan wang tersebut sambil ketawa.

Tindakan wanita itu walau bagaimanapun telah mendapat kecaman hebat daripada masyarakat tempatan yang rata-rata tidak berpuas hati dengan kelakuannya.

Oleh itu, dalam satu lagi video, wanita tersebut dilihat mengunjungi kedai peniaga tersebut sekali lagi bagi tujuan permohonan maaf.

Sumber : Tribunnews

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra