Siakap Keli

(Video)“Alhamdulillah…”, Gelandangan Dapat “Cubicles”, Tempat Berteduh Selesa Sewaktu PKP

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa syukur atas usaha menjaga kebajikan gelandangan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Difahamkan, berdasarkan satu rakaman video yang dimuat naik ke Twitternya, terdapat banyak cubicles atau bilik kecil yang dibina di dalam sebuah dewan besar di bawah arahannya.

Kegunaan cubicles tersebut adalah untuk kegunaan gelandangan kota yang ditempatkan di dewan tersebut sepanjang tempoh PKP.

Terdapat ramai warganet yang berkongsi rasa terharu dengan perkongsian tersebut.

Semoga golongan yang tidak bernasib baik yang dibantu oleh Kementerian Wilayah mendapat tempat menginap yang selesa sepanjang tempoh PKP ini.

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.