Baru-baru ini, kita sering didedahkan dengan aktiviti scammer yang mengambil kesempatan bagi memperoleh wang dengan cara menipu orang ramai. Selain itu, terdapat juga berita kehilangan ataupun kecurian wang yang dikenal pasti melalui akaun simpanan bank yang lesap secara tiba-tiba.
Bagi memudahkan orang ramai sentiasa berwaspada dengan isu kecurian wang ini, seorang pemuda merupakan pelajar IT dan Multimedia telah berkongsi berkaitan isu ini.
Berikut adalah pencerahan yang diberikan oleh Mohammad Amirul Afiq mengenai kes penolakan wang yang berlaku baru-baru ini.

“Bila korang mula membuat pembelian online, atau apa-apa subscription menggunakan debit or credit card. Dekat situ sebenarnya korang dah terdedah dengan kecurian data kad tu. Melalui 2 benda, 1 PHISHING dan yg ke-2 DATA BREACH. Phishing ni agak jarang berlaku sekarang, sebab ramai dah bijak.”

“Dan selepas itu data-data kad korang akan dijual dalam dark web. Yang mana kebanyakannya boleh diakses melalui private invitation saja. Jumlah yang dijual berjuta kad seluruh negara termasuklah Malaysia. Sebab tu kadang-kadang ada transaksi meragukan, bermakna details card telah dijual ye.”
“Sebab itu kadang-kadang kes mcm ni susah korang nak dapat refund, sebab memang bukan salah bank. Dan sebenarnya bukan salah korang jugak, sebab ada sesetengah purchase dekat online ni dia tiada 3D authorization atau apa-apa security untuk mengesahkan pembelian dibuat oleh owner kad.”

“Dan sebenarnya bukan kad saja, bank punya data pun boleh di curi seperti login & password online banking. Pastikan URL yg korang nak akses tu adalah URL sah, dan elakkan login menggunakan public wifi. Mcm dekat Starbuck or Mcd, guna mobile data or wifi rumah saja,” tambahnya.


Akhir kata oleh Mohammad Amirul Afiq, “berhati-hati la dalam sebarang pembelian online. Bak kata senior aku dulu, “There is no privacy and security when we talk about online activity” lebih kurang begitu la dia cakap, sebab hacker ada 1001 cara untuk bypass mana-mana security diorang nak.”
Sumber: Twitter Mohammad Amirul Afiq