Siakap Keli

Warga Malaysia Di Singapura Dinasihatkan Kekal Di Sana- KP Kesihatan

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan, warga Malaysia yang bekerja di Singapura dinasihatkan untuk terus kekal berada di sana.

“Kita telah jalankan perbincangan bersama.

“Warga Malaysia yang bekerja di Singapura, kalau boleh kekal duduk di sana untuk tempoh dua minggu lagi.

“Jadi kita telah berbincang dengan pihak di sana, sama ada majikan mereka kekalkan pekerja-pekerja di Singapura untuk tempoh dua minggu.

“Mereka yang hendak kembali ke Malaysia akan disaring dan apabila disaring, akan diambil tindakan seterusnya,” jelasnya dalam satu sidang media, hari ini.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.