Siakap Keli

Angka Kematian COVID-19 Di New York Kini Melepasi Jumlah Mangsa Tragedi 9/11

Angka kematian COVID-19 di New York secara rasminya sudah melepasi rekod jumlah kematian mangsa yang terkorban dalam nahas tragedi 9/11 di World Trade Centre pada 2001 dahulu.

New York kini merekodkan 731 kes kematian pesakit COVID-19 terbaharu pada Selasa, menjadikan ia jumlah kematian terbesar dalam tempoh 24 jam.

Kadar kematian di negeri itu sejak penularan wabak bermula kini berjumlah 5,489 kes, merujuk kepada Gabenor New York, Andrew Cuomo.

Mengimbas semula sejarah, serangan pengganas pada 9/11 itu telah mengorbankan kira-kira 2,753 orang di sekitar bandar dan 2,977 orang keseluruhannya apabila sebuah pesawat telah dirampas lalu merempuh bangunan World Trade Centre.

Angka korban COVID-19 di New York sahaja pula setakat ini adalah sekurang-kuranga 3,202 orang.

Wabak COVID-19 kini sekali lagi menjadikan New York sebagai ‘tanah kosong’ dalam tragedi negara dan juga sebagai pusat krisis yang membentuk semula kehidupan, kebebasan dan ketakutan rakyat Amerika.

Amerika kini menduduki tempat pertama dalam senarai Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai negara paling tinggi kes COVID-19 di dunia dengan mencatatkan lebih 300,000 kes positif dan lebih 12,000 kematian.

Sumber: The Philadelphia Inquirer, TIME

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'