Siakap Keli

AS Lancar Aplikasi Baru Di Telefon Bagi Kesan Individu Yang Mempunyai Kontak Pesakit Covid-19

North Dakota, Amerika Syarikat (AS), melancarkan aplikasi baru yang boleh dimuat turun di telefon pintar bagi membantu melambatkan penyebaran wabak Covid-19.

Aplikasi yang diberi nama Care19 tu akan membantu pengguna mengenal pasti individu yang mungkin mempunyai kontak dengan mereka yang disahkan positif jangkitan, kata  Gabenor North Dakota, Doug Burgum pada Selasa seperti memetik laporan CNN.

Pengguna akan mendapat nombor ID secara rawak dan aplikasi akan mengesan pergerakan pengguna sepanjang hari.

Kemudian, pengguna digalakkan untuk mengkategorikan pergerakan mereka ke dalam kumpulan yang berbeza, contohnya seperti kerja atau ke kedai runcit.

Sekiranya pengguna didapati positif Covid-19, mereka diminta untuk memberikan maklumat mereka kepada Jabatan Kesihatan North Dakota untuk membantu mengesan kontak dan meramalkan penyebaran virus tersebut.

Gambar: KX NET

Namun, aplikasi ini hanya akan menyimpan lokasi yang dilawati oleh pengguna selama 10 minit atau lebih, dan nombor ID setiap pengguna tidak mengandungi maklumat peribadi selain data lokasi.

Melalui aplikasi ini, kira-kira 250 orang telah membantu mengesan Covid-19 di North Dakota dan ianya dikatakan dapat membantu bagi melambatkan proses penyebaran virus.

Jabatan Kesihatan North Dakota percaya aplikasi ini akan membantu mereka memberikan data yang lebih tepat tentang bagaimana wabak Covid-19 merebak.

Care19 yang direka oleh ProudCrowd dan pertama kali dilancarkan ini, boleh dimuat turun menerusi AppStore bagi pengguna iOS dan akan datang di Play Store bagi android.

North Dakota kekal sebagai salah satu dari segelintir negeri di Amerika Syarikat yang tidak menguatkuasakan perintah untuk berada di rumah semasa wabak ini berlaku.

Menurut rekod, setakat ini North Dakota telah melaporkan 237 kes Covid-19 termasuk empat kematian.

Sumber: CNN, KX NET

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)