Siakap Keli
Kredit: Pauline Loven

“Awak ‘Keluarga’ Saya Juga”, Warga UK Kena Kuarantin Terharu, Jiran Muslim Ambil Berat & Hantar Makanan

Kesusahan kadangkala membantu kita bersatu untuk sama-sama bangkit dan meneruskan hidup. Ketika seluruh dunia mengalami detik sukar akibat COVID-19, keprihatinan ditunjukkan oleh seseorang pasti menyuburkan kembali semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat.

Terbaru, seorang penerbit filem, Pauline Loven berkongsi kisahnya menerima buah tangan dari seorang jiran beragama Islam.

“Jiran Muslim saya berikan sebungkus buah-buahan segar, salad dan pembasmi kuman kerana tahu saya sedang mengkuarantin diri.

“Saya tanya melalui pintu kaca apa yang saya telah buat, “Tiada apa-apa”, awak adalah jiran dan keluarga saya”, katanya”,” kongsi Pauline di laman Twitter miliknya.

Perkongsian beliau telah mendapat lebih 103 ribu tanda suka dan 27.9 ribu ulang kicau.

Perkongsian beliau mendapat pelbagai reaksi netizen.

Ada antara mereka yang meluahkan rasa tersentuh dengan tindakan jiran berkenaan.

“Menakjubkan, ia membuatkan mata saya bergenang,” ujar Chrissie Grech.

Ada juga yang berkongsi pengalaman menerima bantuan makanan.

“Dia berkata, “Kita semua keluarga”.”

Tweet seperti ini buatkan orang yang kurang mengembara sedar, sentiasa ada orang yang baik di luar sana.

Ada yang mengambil kesempatan untuk berkongsi sebuah hadith Nabi SAW.

“Tidak patut seseorang itu dinamakan sebagai beriman selagi dia tidur dalam keadaan kenyang sedangkan jiran tetangga yang berada berhampirannya dalam keadaan lapar dan dia mengetahuinya.”

(Riwayat Tabrani dan Baihaqi).

“Kami sokong satu sama lain”

Sumber: Pauline Loven

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.