Siakap Keli

‘Batman’ Minta Orang Ramai Duduk Rumah Kekang Wabak Covid-19

Pihak berkuasa di bandar Mexico telah mendapat bantuan daripada sumber yang tak dikenali termasuk seorang lelaki berpakaian seragam lengkap superhero dalam usaha menasihati penduduk agar duduk di rumah dan mengamalkan penjarakkan sosial bagi mencegah penularan wabak koronavirus.

Pemuda itu dilihat memakai kostum ‘Batman’ dan memandu kereta ‘Batmobile’ sambil meronda seluruh bandar dan meminta kerjasama orang ramai untuk tinggal di rumah.

“Hei awak, duduk di rumah, cubalah kurangkan untuk keluar dari rumah dan marilah bersama menjadi wira melawan coronavirus,” sahutnya dalam satu mesej pra-rakaman melalui kereta memberi amaran.

Menurut laporan, pihak berkuasa bandar itu berasa senang hati apabila ada pihak yang ingin bersama-sama membantu mengawal pergerakan rakyat.

“Saya menyeru kepada semua penduduk di Nuevo León bahawa saya sendiri tidak dapat mengatasi keadaan ini. Sertai kami dengan duduk di rumah,”kata ‘Batman’.

Sumber: Odditycentral

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul