Siakap Keli
Foto: KKM

Covid-19: AS Catat Kes Positif Paling Tinggi Di Dunia Setakat Ini, Lebih 400 Ribu Secara Keseluruhan

Semakin hari semakin banyak kes kematian yang dilaporkan di seluruh dunia dengan catatan seramai 82,037 kes kematian daripada jumlah keseluruhan cecah 1.4 juta kes positif Covid-19 di dunia.

Terkini, Amerika mencatat kes positif Covid-19 paling tinggi dunia mengalahkan negara Itali dan Sepanyol dengan rekod sebanyak 400,335 kes.

Angka kematian di negara tersebut dikatakan meningkat secara mendadak iaitu lebih daripada 12,800 kes kematian yang direkodkan.

Jika anda boleh lihat dalam statistik di bawah, jumlah kematian pada 7 April 2020 adalah hampir 2,000 orang. Dalam tempoh 24 jam, negara tersebut mencatat kes kematian tertinggi dunia setakat ini untuk tempoh sehari.

Setakat pagi ini 8 April 2020, Amerika Syarikat telah merekodkan jumlah kes seramai 77 kes positif Covid-19 dan 13 kes kematian.

 

Sumber: Worldmeter

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang