Siakap Keli

Demi Negara, PM Ireland Kembali Ke Bidang Perubatan Bantu Lawan Pandemik COVID-19

Bagaikan sirih pulang ke gagang. Apabila Ireland menyaksikan pemimpinnya terjun ke bidang politik, figura itu turut membawa sekali kariernya dalam bidang perubatan bersama.

Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar dilaporkan bakal berkhidmat semula sebagai doktor sekali lagi sebagai usaha membantu negaranya melawan pandemik COVID-19.

Beliau mendaftarkan diri sebagai pengamal perubatan di Eksekutif Perkhidmatan Kesihatan Ireland pada Mac dan akan mula berkhidmat satu shift seminggu.

Pemimpin itu meninggalkan profesion perubatannya pada 2013 lalu selepas tujuh tahun bertugas sebagai doktor, ketika itu dikenali dengan nama Dr. Leo Eric Varadkar.

Pada 2017, beliau terpilih sebagai Taoiseach termuda Ireland, atau istilah mudahnya, perdana menteri melalui pilihan raya.

“Kebanyakan ahli keluarga dan rakannya bekerja dalam bidang perkhidmatan kesihatan.

“Beliau juga turut mahu membantu sekalipun dalam sekecil-kecil perkara,” kata jurucakap kepada pemberita.

Varadkar dilaporkan akan membantu membuat penilaian suspek pesakit COVID-19 melalui telefon.

Sumber: Twitter, NPR

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.