Siakap Keli
Kredit: Bernama

Ini Status Terkini 5 Kluster Terbesar COVID-19 Di Malaysia

Putrajaya, 8 April- Kementerian Kesihatan menyenaraikan lima kluster terbesar COVID-19 di Malaysia setakat ini.

Kesemua kluster tersebut melibatkan perhimpunan Seri Petaling, persidangan keagamaan di Kuching, majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi, individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali serta terbaru, sub kluster Seri Petaling di daerah Rembau.

Sub kluster terbaru itu telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham dalam sidang media sebentar tadi. Kumpulan itu melibatkan seorang guru yang mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan Seri Petaling dan menjangkiti rakan setugas dalam mesyuarat di sekolah.

Kluster Rembau telah sampai kepada generasi ketiga apabila sebahagian guru yang dijangkiti di sekolah berkenaan menjangkiti ahli keluarga mereka di rumah, katanya.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.