Siakap Keli

Lahir Saat Pandemik, Bayi Diberi Nama Corona Kumar dan Corona Kumari

Dua orang bayi yang baru dilahirkan di perkampungan Tallapalli, India telah diberi nama unik  bersempena wabak coronavirus oleh kedua ibu bapa mereka.

Ibu kepada dua orang bayi berkenaan, Sasikala telah dimasukkan ke hospital pada 5 April lau

Sasikala dan Ramadevi dimasukkan pada 29 Mac manakala Ramadevi dimasukkan ke hospital pada 5 April.

Kedua-dua bayi tersebut telah lahir pada tarikh yang sama, dimana Sasikala melahirkan seorang bayi perempuan, dan Ramadevi melahirkan seorang bayi lelaki.

Atas cadangan doktor, kedua ibu tersebut menamakan bayi mereka dengan nama Corona Komari untuk bayi perempuan dan Corona Kumar bagi bayi lelaki tersebut.

“Isteri saya ketika itu sedang sakit, kami tiada pilihan lain selain membawanya ke hospital walaupun kami tahu ianya ketika wabak ini sedang menular.  Dia telah dibedah dan melahirkan bayi perempuan pada jam 9 pagi.  Kami namakan dia Corona Kumari sebagai mengikut cadangan doktor,” kata suami kepada Sasikala.

“Sama seperti Sasikala, Ramadevi datang ke hospital kami pada 5 April. Dia merupakan antara kes kecemasan. Sebagaimana yang mereka inginkan, kami membuat pembedahan. Mereka gembira mendapat lelaki yang dinamakan Corona Kumar,” kata doktor SF Basha yang merawat.

Sumber: News meter, India today

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra