Siakap Keli
Kredit: Google

Penyanyi Glenn Fredly Pernah Popular Dengan Lagu Januari Meninggal Dunia

Jakarta, 8 April – Penyanyi Indonesia, Glenn Fredly dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta Selatan.

Menurut Kompas, khabar pemergian penyanyi berusia 44 tahun itu disampaikan oleh rakan artis, Teuku Adifitrian atau Tompi.

“Telah kembali saudara kami, Glenn Fredly malam ini. Mohon dimaafkan semua salahnya. Dia yang selalu hadir menggerakkan kita semua,” tulisnya seperti dilapor Kompas.

Glenn merupakan salah seorang pemuzik terbaik Indonesia sejak tahun 90-an. Antara karyanya yang popular ialah lagu “Januari”, “Akhir Cerita Cinta” dan “Terpesona”.

Beliau dikhabarkan meninggal dunia akibat meningitis.

Sumber: Kompas

Amira

Love yourself.