Siakap Keli
Kredit: Google/CBS News

Perdana Menteri UK, Boris Johnson Dimasukkan Ke ICU Selepas 10 Hari Disahkan Positif COVID-19

Perdana Menteri UK, Boris Johnson dilaporkan dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital St Thomas, London semalam setelah menunjukkan simptom berterusan COVID-19, lapor The Guardian.

Boris, 55 dimasukkan ke ICU setelah 10 hari disahkan positif COVID-19 serta menunjukkan simptom batuk dan demam panas.

Profesor pengimejan perubatan University College London, Derek Hill berkata, “Kami difahamkan beliau sedang diberi sokongan pernafasan continuous positive airway pressure (CPAP) yang sering digunakan dalam rawatan gangguan tidur, sleep apnea.

“Pengalaman di Itali dan negara Eropah lain menunjukkan CPAP berkesan terhadap pesakit COVID-19, sekurang-kurangnya pada peringkat awal,” kata beliau.

Walaubagaimanapun, keadaannya stabil tanpa bantuan ventilator, lapor Sky News.

Tugas-tugasnya diambil alih Setiausaha Negara, Dominic Raab.

Sekitar 15 peratus pesakit COVID-19 menjadi sakit teruk dan memerlukan terapi oksigen di hospital manakala 5 peratus lagi memerlukan bantuan pernafasan. Sebanyak 63 peratus pesakit yang dimasukkan ke ICU di England, Wales dan Ireland utara dipakaikan ventilator dalam tempoh 24 jam, lapor The Guardian.

Sumber: The Guardian, Sky News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.