Siakap Keli
Foto: Reuters

Permintaan Meningkat, Kilang Keranda Di Sepanyol Terpaksa Beroperasi Sepanjang Hari Kerana COVID-19

Ketika kebanyakan syarikat di Sepanyol dihentikan operasi sementara waktu kerana pandemik COVID-19, sebuah syarikat pembuatan keranda, Ataudes Chao masih beroperasi sepenuh masa sehingga terpaksa merekrut pekerja baru.

Difahamkan, syarikat itu terpaksa berbuat demikian kerana mahu memenuhi permintaan di luar jangkaan ekoran kematian demi kematian di negara itu yang kini sudah menjangkau lebih 14,000 kes.

“Tempahan kami sudah meningkat lapan kali ganda.

“Kami menghasilkan kira-kira 300 keranda sehari, semata-mata untuk penuhi permintaan di kawasan Madrid,” kata Maria Chao, ketua pegawai eksekutif syarikat pembuatan keranda tersebut.

Ataudes Chao terpaksa mengupah enam pekerja tetap baharu sejak 10 hari lalu bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran, mencatatkan 25 peratus peningkatan tenaga kerja.

Perkhidmatan pengedarannya mula bekerja sepanjang waktu semasa negara itu menjalani tempoh lockdown dan sebuah kilangnya di Galicia telah menambah tempoh pembuatan produk tersebut sehingga 11 jam setiap hari.

“Malangnya, kami menganggarkan bahawa permintaan itu, walaupun ia akan menurun sedikit, tapi akan kekal tinggi – sekurang-kurangnya 60-70% daripada paras semasa,” tambahnya.

Dengan dikelilingi oleh timbunan keranda yang sudah siap untuk dihantar ke rumah-rumah pengebumian, pekerja di Ataudes Chao turut membuang tanda salib dan segala simbol Katholik daripada keranda tersebut bagi kematian yang bukan berunsurkan agama.

Sumber: CNA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.